berita

[VIDEO] Pekerja Hotel Bingung Kena Serang, Dibaling Objek Oleh 2 Lelaki Ketika Bertugas

December 24th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada hari ini, pelbagai jenayah sanggup dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka. Mereka seolah-olah tidak mempunyai hati dan perasaan nurani sebagai seorang manusia dan mampu melakukan apa sahaja termasuklah mencedera serta menyakitkan seseorang tanpa rasa belas kasihan.

Terbaru, tular di Facebook apabila dua lelaki dipercayai bertindak memukul seorang pekerja hotel dengan bertubi-tubi sehingga mendapat perhatian netizen.

Dipukul dan dibaling objek

Menerusi video yang dikongsikan pengguna Facebook Sulaihan Jalal itu, video berdurasi hampir 3:00 minit berkenaan memperlihatkan seseorang kakitangan hotel yang ketika itu sedang bertugas secara tiba-tiba didatangi oleh dua orang lelaki.

Dua lelaki tersebut kemudiannya masuk ke bahagian kaunter hotel itu dan bertindak memukul pekerja terbabit dengan bertindak menampar, mencekik dan menumbuknya.

Apa yang lebih malang, pekerja itu juga dilihat dibaling dengan beberapa objek ke arahnya tanpa mampu melawan balik dan berbuat apa-apa. Malah, turut kelihatan beberapa kemudahan yang berada di kaunter itu dirosakkan oleh dua lelaki terbabit.

Dirakam CCTV

Menerusi posting yang dikongsikan pengguna Facebook ini, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah hotel yang terletak di Bukit Bintang pada 22 Disember lalu sekitar jam 4:40 pagi.

Ia berjaya dirakam oleh Kamera Litar Tertutup (CCTV) hotel berkenaan dan mula tular di media sosial beberapa jam lalu.

Sehingga kini, tiada sebarang maklumat lanjut yang didapati berhubung kejadian itu dan punca tentang pergaduhan tersebut juga tidak dinyatakan.

Sumber: Facebook Sulaihan Jalal

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×