Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah kepada anak-anaknya. Mereka terpaksa mencari rezeki lebih bagi menanggung dan memberi kesenangan kepada keluarga tersayang.
Seperti perkongsian video yang dimuatnaik menerusi laman Twitter ini menyaksikan seorang pakcik datang ke kedai telefon untuk membeli telefon bimbit buat anaknya. Apa yang lebih menyedihkan apabila dia membawa seguni wang berisi duit syiling di dalamnya.
Bawa seguni duit syiling
sumpahh sumpah sampeee nangiss:((( pic.twitter.com/FKlV92OF8F
— Gul!ng (@nizaguling) June 20, 2020
Video yang dirakam King Dewer ini telah dimuatnaik di laman TikTok dan dikongsi semula di Twitter. Video sedih yang mendapat lebih 412ribu tontonan itu menyaksikan seorang ayah membawa seguni wang syiling ke kedai untuk membeli telefon bimbit buat anak. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah kedai telefon bimbit di Indonesia.
@king_dewerKatanya pas banget hari ayah momentnya , pas banget ya kayanya, doa terbaik untuk semua ayah didunia? Titip Rindu Buat Ayah – Acoustic Version – Eko Sukarno
@king_dewerAjak makan keluarga bapak? Ayah – Ello & Andi & Maia & /rif & Achi Harahap & Rio F & The Changcuters & Pinkan Mambo & Pasto & Terry & Yovie & Nuno & Nindy
Dah ketemu bapaknya…
Pemilik kedai penjual telefon bimbit tersebut bagaimanapun berjaya menemui pakcik itu semula. Dia sempat menziarahi pakcik berkenaan di rumah dan bertemu dengan anak lelaki tersebut. Difahamkan wang yang berjaya dikumpulkan oleh pakcik ini sejumlah Rp1juta untuk mendapatkan seunit telefon bimbit.
Sumber: Niza Guling