Nama pelakon wanita yang berasal dari Taiwan iaitu Carol Wan menjadi perhatian ramai susulan isu dia dipukul oleh suaminya di tepi jalan.
Artikel Berkaitan: Video Curang Masuk Hotel Tular, Suami Pelakon Nurul Aini Mengaku Iman Goyah – ‘Saya Tak Kuat Tanpa Awak’
Artikel Berkaitan: Isteri Dalam Pantang, Suami Kantoi Curang..Rupanya Penyondol Selalu Datang Rumah
Carol Wan dibelasah suami?
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan Carol dipukul dan ditendang beberapa kali oleh suaminya dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah jalan di daerah Taipei.
Difahamkan, pertengkaran itu terjadi selepas mereka berdua pulang dari makan malam di sebuah restoran. Turut kelihatan Carol menahan sakit dan menangis akibat tindakan ganas suaminya itu.
Walau bagaimanpun, Carol berkata, dia enggan membuat laporan polis dan mengakui apa yang terjadi adalah salah faham antara suami isteri. Pelakon berusia 52 tahun itu berharap agar orang ramai menghormati privasinya.
Pada hari itu kami terlebih dalam pengambilan alkohol dan menyebabkan pergaduhan menjadi lebih teruk. Kami saling bermaafan selepas tiba di rumah. Ia hanya salah faham dan konflik diselesaikan secara baik.
Difahamkan, Carol tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian yang berlaku.
Sumber: 8days