berita

[VIDEO] Pemandu Lawan Arus Hingga Bahayakan Pengguna Lain Diburu Polis

July 7th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial satu rakaman video yang memaparkan sebuah kereta Hyundai berwarna putih sedang memandu dalam keadaan merbahaya dengan melawan arus. Menerusi laporan Harian Metro, pihak polis sedang memburu pemandu kereta berkenaan. Kejadian berlaku di Jalan Meru, Batu 5 berhadapan dengan McDonald Klang Sentral.

Tak hirau keselamatan orang lain

https://www.facebook.com/M.KHYANZ05/videos/4112719035465363/

Rakaman video tersebut yang berdurasi 1 minit 30 saat telah dimuat naik menerusi Facebook, Mohammad Khusyairie . Rakaman video itu memaparkan kenderaan terbabit telah merbahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Malah pemandu tersebut turut tidak menghiraukan bunyi hon dari kenderaan lain supaya dia memberhentikan kenderaannya.

Polis buru pemandu kereta tersebut

Video terbabit menunjukkan sebuah kereta (nombor pendaftaran tidak pasti) yang memandu melawan arus dan berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain dari Jalan Meru Batu 5 dari Simpang 3 Jalan Haji Abdul menghala ke Bukit Raja.

Polis masih mencari pemandu terbabit bagi melengkapkan siasatan. Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul Azim Mazlan di 013-4146144.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, pihak polis masih giat mengesan pemandu kereta tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Tambahnya lagi, dia turut meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan pemandu kereta tersebut.

Sumber: Mohammad Khusyairie, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×