Sebelum ini, doktor selebriti, Dr Say Shazril meluahkan rasa bengang dan marah apabila dua orang pembantu rumahnya bertindak ‘berani mati’ membawa masuk dua orang lelaki ke dalam rumah.
Susulan daripada kejadian tersebut, Dr Say hanya menyimpan seorang sahaja pembantu rumah untuk membantunya dan isteri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Say Bengang! Dua ‘Maid’ Bawa Masuk Lelaki Dalam Rumah – ‘Saya & Bini Ada Dekat Atas’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kantoi Sembunyi Bawah Selimut! Dr Say Belajar Jangan Mudah Percayakan Sesiapa & Jangan Bagi Muka Pada ‘Helper’
Terbaru, Dr Say meluahkan rasa menyesal kerana menyimpan pembantu rumah tersebut.
Terkejut saya & isteri
Menerusi sebuah posting di Instagram, Dr Say berkata, dia dan isteri terkejut apabila melihat rakaman kamera litar tertutup (cctv), baru-baru ini. Ujar Dr Say, pembantu rumahnya warganegara Fillipina itu bertindak agak kasar sewaktu menjaga anak ketiganya iaitu Zeqriel.
Sebagai seorang yang profesional, Dr Say memberitahu dia terpaksa bersabar terlebih dahulu dan tidak boleh sesuka hati memarahi pembantu rumahnya. Ini kerana, dia berasa risau mengenai nyawa dan keselamatan anak-anak sekiranya dia bertindak di luar kawalan.
Tambah Dr Say, hari ini baru dia berkesempatan untuk berjumpa dengan pihak agensi dan kedutaan Filipina bagi menyelesaikan isu tersebut.
Setelah bercakap dengan pembantu rumah Filipina saya, cerita dia macam ini. Pembantu rumah Indonesia baru saya pada awalnya perlu ditugaskan hanya menjaga baby Zeqriel. Pembantu rumah Filipina saya jaga Ace dan Sefriel.
Siapa jaga Ace dan Sefriel kena kemas rumah juga sebab anak-anak pergi sekolah, jadi banyak masa terluang. Baru-baru ini, semasa saya dan isteri pergi Jepun, pembantu Filipina ini pandai-pandai dia jaga Zaqriel dan pembantu Indonesia jaga Ace dan Sefriel termasuk kemas rumah. Katanya, nak bagi Ace dan Sefriel biasakan diri dengan pembantu Indonesia. Kami layankan sajalah.
Namun benda itu memakan dirinya. Baru-baru ini dia koyak kot, dia buat keganasan. Ada video saya nampak dekat cctv. Dah buat kesalahan dua kali. Kali ini dia buat lagi. Saya nasib baik tak angkat tangan mahupun sepak terajang. Dia patut pergi. Saya dah bagitahu dia, dia agak terkedu. Hari selasa minggu depan dia kena balik. Tiket kapal terbang dah beli.
Video
@ohbulanofficial Replying to @OHBULAN! Hanya bapa je tahu betapa risaunya tinggal anak dengan maid macam ni ??#ohbulan #fyp #news #drsayshazril #maid #buat #hal #part2
Sumber: Dr Say