berita

[VIDEO] Peminat Teruja Dengan ‘Istanbul Aku Datang Reunion’, Rindu Lakonan Lisa Surihani & Beto Kusyairi

March 29th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Gandingan pelakon Beto Kusyairy dan Datin Lisa Surihani dalam filem Istanbul Aku Datang menjadi pilihan ramai walaupun sudah menontonnya berulang kali.

Filem yang diterbitkan hampir 11 tahun itu menjadi antara filem romantik komedi yang tidak dilupakan sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Akui Pernah Tempuh Fasa ‘Tergelincir’ – ‘Hati Manusia Sangat Rapuh, Saya Cuba Pertahankan Sesetengah Prinsip’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cuci Muka Pakai Gula Ke?’ – Netizen Tak Keruan Tengok Senyuman Manis Beto Kusyairy

Peminat teruja

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Beto dan Lisa digandingkan sekali lagi untuk kempen mempromosikan sebuah produk makanan. Dalam video itu, mereka memainkan kembali watak Dian dan Harris.

Video itu meraih lebih 3.0 juta jumlah tontonan dan dihujani ribuan komen dalam kalangan warganet.

Gandingan tersebut nyata membuat para netizen teruja dengan menjadi pengubat rindu untuk melihat pasangan itu kembali berlakon bersama.

Dalam video itu, suami kepada Lisa, Datuk Yusry Abdul Halim turut serta menjayakan video itu bersama.

@pakmatwestern

Dejavu betul setelah 11 tahun tengok cerita ni? #fyp #foryou #istanbulakudatang

? Ngopi Maszeh – Happy Asmara

Rindunya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen rindu melihat lakonan pasangan itu sehinggakan mencetus rasa untuk menontonnya kembali.

Sumber: TikTok @pakmatwesterncafe

SKIP THIS AD ×