Untuk kekal istiqamah dalam sesuatu hal yang kita pilih untuk melakukannya, ianya tidaklah semudah yang disangka.
Pelakon jelita Lisa Surihani akui pernah berdepan fasa ‘tergelincir’ namun terus bangkit dan cuba untuk mempertahankan sesetengah prinsip.
Artikel Berkaitan: Lisa Surihani Selesa Keluar Rumah Tanpa Make Up
Artikel Berkaitan: Sejuk Mata Memandang, Penampilan Sopan Lisa Surihani Dapat Pujian Peminat
‘Hati sangat rapuh’
Ketika ditemui OhBulan!, Lisa, 37, menyatakan bahawa sebagai seorang manusia, ianya sukar untuk menetapkan hati kepada sesuatu. Namun begitu, dirinya hanya mampu untuk buat yang terbaik dalam memastikan menjadi insan yang diterima disisi-Nya.
Kita ni manusia biasa, hati sangat rapuh. Walau apa jua keadaan sekali pun, saya cuba pertahankan sesetengah prinsip.
Betul ianya satu pengorbanan yang berat terutama hal untuk terus kekal istiqamah. Tapi saya harus mencuba sebaiknya, ada waktunya tersungkur tetapi perlahan-lahan saya bangkit supaya tidak berputus asa dalam perjalanan ini.
Tambah pelakon filem ‘Istanbul Aku Datang’ itu, pujian merupakan salah satu hal yang menjadi kerisauannya kerana tidak mahu hanyut dengan kata-kata.
Lisa berkata demikian ketika majlis Layar Lara Ariani 2023 di KLCC, baru-baru ini.
Tawaran berlakon semakin berkurang
Apabila ditanya tentang karier seni lakonan, Lisa memaklumkan tawaran lakonan semakin berkurang semenjak dirinya mengenakan hijab.
Dalam pada itu, Lisa sempat meluahkan rasa syukur dengan kehadiran suami, Datuk Yusry Halim yang tidak menghalang dirinya untuk teruskan kerjaya dalam dunia lakonan.
Tahun lalu memang ada tawaran tetapi dianjakkan ke tahun ini, cuma belum ada ‘update’ sampai sekarang.
Memang sejak bertampil berhijab, secara semula jadi tawaran lakonan juga menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu tetapi saya tidak terlalu kisahkan sangat.
Tambah Lisa, minatnya sekarang lebih kepada pengacaraan dan masih dalam proses memperbaiki dirinya dalam bidang berkenaan.
Dari segi kerjaya lakonan, Lisa memaklumkan akan mempertimbangkan tawaran tersebut jika ianya membantu dalam perjalanan kerohaniannya.