Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Putrajaya selepas tahanan reman sambung mereka berdua dijangka tamat pada hari ini (Selasa).
Artikel Berkaitan: Pasangan Pempengaruh Direman 4 Hari Bantu Siasatan Salah Guna Kuasa Dapatkan Suapan
Artikel Berkaitan: Pasangan Pempengaruh Disyaki Sudah Kutip Derma RM3 Juta Sejak 2020
Tahanan reman dijangka tamat
Pasangan suami isteri yang hadir dengan memakai baju tahanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) itu kelihatan sugul ketika tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.20 pagi.
@ohbulanofficial Pasangan suami isteri yang hadir dengan memakai baju tahanan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kelihatan sugul ketika tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.20 pagi. #ohbulan #pempengaruh #sprm ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengenai salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Perintah tahanan reman yang bermula Khamis sehingga 14 Julai itu dikeluarkan Hakim Majistret Irza Zulaikha Rohainuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Mereka kemudiannya diperintahkan untuk sambung reman selama tiga hari sehingga Selasa selepas permohonan dibuat SPRM.
Menurut peguam yang mewakili pempengaruh berkenaan, Abd Rahim Ali, dua anak guamnya direman di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.
Sebelum ini, media melaporkan pasangan tersebut yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan SPRM.
Tahanan itu dibuat atas dakwaan membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun difahamkan tidak disalurkan wang tersebut secara betul.