berita

[VIDEO] Pemuda Buat ‘Surprise’ Pakai Maskot Doraemon Masa Majlis Tunang

November 24th, 2021 | by Iman
Kini Trending

Seorang pemuda membuat kejutan kepada tunangnya dengan memakai maskot di majlis pertunangan mereka baru-baru ini. Sweet betul!

Artikel berkaitan: [VIDEO] Gadis Tunang ‘Online’ Di Kampus, Rakan Tolong Sarungkan Cincin

Artikel berkaitan: ‘Akak 25 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi! 

Datang dengan memakai maskot!

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Manees di TikTok, dia berkongsi momen yang tidak akan dilupakan ketika majlis pertunangannya iaitu bakal suaminya sendiri datang dan memberikan kejutan yang tidak disangkakan!

Lebih menarik lagi, jelas kelihatan bakal suaminya itu hadir ke majlis pertunangan mereka dengan memakai maskot kartun popular Doraemon dan menghiburkan para tetamu yang hadir ke majlis tersebut serta bergambar bersama-sama.

Walau bagaimanapun, setelah selesai dengan kejutan yang diberinya itu, lelaki berkenaan membuka maskot tersebut di hadapan wanita itu dan masing-masing bergambar di atas pelamin seperti biasa.

Video yang berdurasi selama 20 saat itu meraih lebih 150 ribu tontonan dan mendapat lebih 8 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh:

@farhanimaziz Boleh pulak dia datang majlis pertunangan dia dengan kita, dia pakai mascot doraemon ? habis semua belah keluarga semua orang dia mengacau ? #papabaru #papamanees #doraemon #enggagement #20112021 #ikatjamin #ikat9tahun ? original sound – Cem ceman nya jepri

Comelnya!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kejutan yang diberikan daripada lelaki berkenaan. Malah ada di antara mereka turut mendoakan agar urusan majlis perkahwinan mereka akan datang dipermudahkan.

Sumber: Manees

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×