Sebelum ini, hubungan percintaan pelakon, Mas Khan dan ahli perniagaan, Diana Nasimuddin, menjadi bualan ramai selepas didakwa sudah berakhir apabila foto dan video melamar sudah ‘ghaib’ di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Mas Khan Kongsi Video Romantis Saat Lamar Diana Nasimuddin Sebagai Isteri, Peminat Teruja!
Artikel Berkaitan: Padam Foto & Video Lamaran Di IG, Kapsyen Mas Khan Cetus Tanda Tanya Netizen
Enam bulan tunggu
Terbaharu, Mas Khan memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan momen manis bersama Diana di sebuah restoran.
Kata aktor berumur 28 tahun, dia menerima kejutan apabila Diana menyarung semula cincin yang diberikan sejak enam bulan lalu.
Surprise! Enam bulan saya menunggu apabila dia membuka cincin itu dan hari ini dia mengejutkan saya.
Selama-lamanya saya sayang dan cintakan kamu Diana Nasimuddin.
Jangan pernah putus asa
View this post on Instagram
Pemilik nama Mas Hidzhir Khan akui hubungan percintaan mereka ada pasang surut namun itu langsung tidak memudarkan rasa cinta yang sudah mekar di hati.
Sesuatu perhubungan mesti ada pasang dan surut tapi apabila terlalu banyak yang dilalui bersama, perselisihan faham, konflik dan sebagainya, hal itu semakin menguatkan ikatan.
Kita takkan boleh memiliki cinta tanpa ada kesakitan. Tapi seandainya ikatan itu cukup kuat untuk mengatasi segala rintangan, jadi ia berbaloi untuk diperjuangkan.
Sementara itu, Diana, 40, turut meninggalkan komen di hantaran yang sama.
Kejutan! Alhamdulillah. Satu perjuangan kan? Insya-Allah kita akan semakin kuat sekarang, dan saya menantikan apa saja untuk hari-hari mendatang.
Sebelum ini, Mas Khan melutut dan menghulurkan sebentuk cincin sebagai tanda lamaran kepada buah hatinya pada November tahun lalu.
Sumber: Instagram @maskhan_