berita

[VIDEO] Pendaki Istimewa Berjaya Tawan Everest Hanya Mengensot Selama 2 Minggu

May 16th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Nama Malaysia sekali lagi berjaya dilakar dalam sejarah apabila Adam, pendaki istimewa (OKU) menamatkan misi mendaki hingga ke Kem Induk Everest, semalam. Apa yang menakjubkan adalah dia hanya mengensot badannya hingga ketinggian 5,350 meter selama 14 hari !

Lihat video ini yang pasti membuatkan anda sebagai rakyat Malaysia terharu. Kekurangan fizikal bukan penghalang untuk meraih kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Syabas dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama negara.

Hanya mengensotkan badan naik ke Everest

SEJARAH TERCIPTA. ADAM BERJAYA TIBA DI KEM INDUK EVEREST

Pendaki istimewa, Azrulkhan Hasrullah atau Adam, berjaya tiba di Kem Induk Everest yang berketinggian 5350 meter setelah mengengsot selama 14 hari dari Lukhla tepat jam 12:30 waktu tempatan atau 2:45pm waktu Malaysia.

Usaha, latihan, kesungguhan dan impian beliau selama ini berbaloi dengan kejayaan yang beliau capai pada hari ini. Kata Qobin, Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia yang juga penaja kepada ekspedisi KE7B Adam Everest Base Camp atau #ke7badamebc

Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Adam di atas keselamatan dan kekuatan minda beliau yang mampu membuka mata kita yang sempurna ini.

Dengan kejayaan beliau tiada lagi alasan untuk kita yang diberikan kesempurnaan fizikal untuk tidak berjaya. Syukur alhamdulillah beliau berjaya menjadi cerminan buat kita agar jangan mudah berputus asa.

Setelah mengharungi pendakian yang panjang, cabaran salji, laluan yang becak beserta tahi lembu yaks yang banyak dan suhu sehingga (-8) serta pendakian harian 8-11 jam dan risiko penyakit udara tinggi, akhirnya beliau berjaya membuktikan kita mampu lakukan.

Adam dijangka tiba di Lukhla sama ada hari ini atau esok dengan perkhidmatan helikopter dari Kem Induk Everest dan akan terus ke Kathmandu, In shaa Allah sekiranya cuaca baik. Jangkaan pulang ke KL pada hari Jumaat malam jam 9.

Tahniah dan syabas kepada Adam. Anda inspirasi rakyat Malaysia.
KE7B amat berbangga dengan anda.

Video pendakian Adam ke puncak kejayaan

Semoga dengan kejayaan misi Adam ini dapat memberi inspirasi buat kita semua untuk terus berusaha dan menawan puncak Everest suatu hari nanti. Syabas dan tahniah kami ucapkan buat Adam dan pasukan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia.

Sumber: Muqharabbin Mokhtaruddin

SKIP THIS AD ×