Gerakan kempen solat subuh berjemaah yang dilakukan selebriti Alif Satar telah mendapat sambutan luar biasa dan menarik perhatian ramai pihak termasuk golongan pendakwah.
Artikel Berkaitan: Alif Satar Mendunia, Program Subuh Macam Jumaat Turut Raih Perhatian Orang Luar Negara
Artikel Berkaitan: ‘Kesian, Nak Sembah Tuhan Pun Perlukan Influencer’ – Ada Yang Kurang Senang Dengan Gerakan Solat Alif Satar?
Guna kedudukan & pengaruh
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pendakwah bebas, Syeikh Muhd Zainul Asri memuji inisiatif yang dilakukan oleh penyanyi tersebut kerana menggunakan pengaruhnya ke arah kebaikan.
Ini satu perkembangan yang baik, satu usaha yang sangat murni oleh Alif Satar. Orangnya baik.
Orang macam ni dia kena guna kedudukan dia, ada nama, pengaruh dan pengikut jadi dia kena guna untuk agama.
Bila orang ada nama buat kerja-kerja agama, agama akan lebih cepat berjalan. Jadi artis-artis yang lain buatlah macam dia.
Dalam pada itu, pendakwah tersebut menjelaskan bahawa gerakan tersebut merupakan satu fenomena hebat yang membuktikan kekuatan orang Islam.
Saya tengok kebanyakkan yang sembahyang subuh tu orang muda. Ini adalah fenomena Yahudi yang sangat takut tapi telah berlaku di Malaysia dan bermula di bandar. Nabi SAW pun mula berdakwah di bandar.
Justeru itu, dia menjeru artis dan semua individu yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat untuk bersama-sama meneruskan usaha yang dimulakan oleh Alif tersebut.
Bila orang ada nama buat kerja-kerja agama, agama akan lebih cepat berjalan. Jadi artis-artis yang lain buatlah macam dia.
Masing-masing ada peminat masing-masing. Bayangkan pahala yang Alif dapat, dia seorang yang sangat kaya raya di dunia. Bayangkan pula pendapatan dia di akhirat. Tahniah Alif, teruskan perjuangan semoga berjaya.
@irni_zria Mudah2an ini menjadi salah satu petanda bahawa kemenangan ISLAM sudah semakin hampir.INSYAALLAH. #TUANGURUSYEIKHMUHDZAINULASRI #AliffSattar #Solatsubuhmacamjumaat #MiniDakwahku
Sumber: TikTok