berita

[VIDEO] Pengunjung Cemas, Lelaki Ugut Terjun Tingkat 6 Gara-Gara Hutang

November 25th, 2018 | by faris
Kini Trending

Petang semalam, pengunjung pusat beli-belah Suria KLCC di ibu kota berdepan detik cemas apabila seorang lelaki berpaut pada pengadang koridor tingkat enam berniat untuk bunuh diri.

Kejadian tersebut sempat dirakam pengunjung yang turut sama berdebar melihat kecekapan orang awam dan anggota keselamatan menyelamatkan lelaki terbabit.

Bomba, orang awam pamer ketangkasan

Menurut laporan Harian Metro, lelaki terbabit berbuat demikian kira-kira 5 petang itu. Dia bertindak mengugut untuk terjun apabila beberapa invididu mendekatinya.

Lelaki berusia 40-an itu juga turut melakukan aksi-aksi berbahaya seperti menghulurkan sebelah kaki ke bawah selain memegang penghadang dengan sebelah tangan.

Ketika lelaki terbabit sedikit leka dipujuk, beberapa anggota lain bomba dan keselamatan itu dengan pantas menerpa ke arahnya dan memegang erat tubuhnya.

Tindakan cekap dan pasukan keselamatan itu mendapat tepukan gemuruh dan sorakan daripada lebih 1,000 pengunjung pusat membeli belah itu.

Terbeban hutang

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi, pegawainya menyelamatkan mangsa kira-kira jam 7 petang dan diserahkan kepada pihak polis.

Mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota bertugas, 7.03 malam tadi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mangsa bertindak sedemikian (cuba membunuh diri) selepas tertekan mengalami beban hutang.

Sumber: Harian Metro, Mausterz, Aril Kapor

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×