berita

[VIDEO] Pengunjung Taman Tema Di India Tergamam Apabila Permainan Tiba-Tiba Patah Dua!

July 17th, 2019 | by Azizi Rahman
Video Popular

Taman tema merupakan tempat beriadah bersama ahli keluarga pada hujung minggu dan musim cuti. Pelbagai jenis permainan yang disediakan untuk semua peringkat umur.

Namun, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku di Ahmedabad, India apabila salah satu permainan taman tema yang sedang beroperasi telah patah kepada dua bahagian. Menerusi The Sun, dua pengunjung mati di tempat kejadian manakala 27 orang telah cedera.

2 maut 27 cedera

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan permainan di taman tema itu telah patah kepada dua semasa sedang berhayun di udara. Sewaktu kejadian terdapa 31 orang pengunjung yang sedang menaiki permainan tersebut sebelum ianya tiba-tiba patah dan jatuh ke tanah.

Seramai 27 orang mangsa sedang dirawat di hospital dan dua orang mangsa telah terkorban. Menurut saksi, mereka mendengar jeritan mangsa meminta pertolongan sebelum pengunjung lain membantu membebaskan mangsa yang tersepit.

Ada lesen yang sah atau tidak?

Menurut Persuruhjaya Perbandaran Ahmedabad, Vijay Nehra, siasatan sedang dilakukan untuk mengetahui punca kejadian.

Pihak polis, bersama-sama dengan pasukan forensik, tiba di tempat kejadian untuk menyiasat punca di sebalik kemalangan itu.

Rekod penyelengaraan permainan tersebut sedang diteliti dan siasatan turut dijalankan bagi mengetahui sama ada Taman Tema Kankaria itu mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.

Sumber: The Sun

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×