Lagu Dawai adalah runut bunyi bagi filem Air Mata Di Ujung Sejadah yang menjadi fenomena dan tular di media sosial ketika ini.
Ramai penyanyi dan pempengaruh yang menyanyikan semula lagu tersebut dan antara yang mencuri tumpuan warganet adalah nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Dipuji Utamakan Saudara Islam Di Gaza, Ketepikan Promosi Lagu Baharu – ‘Sebab Tu Dia Nombor 1’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kenangkan Bagaimana Keadaan Anak-Anak Angkat Saya Di Gaza’ – Siti Nurhaliza
Penulis lirik terharu
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti Nurhaliza atau mesra disapa TokTi dilihat sedang menyanyikan lagu tersebut sambil ditemani oleh anak lelakinya, Muhammad Afwa.
Kelmarin masa buat latihan sendiri di pejabat untuk Perhimpunan Bersama Palestine, ibu cuba nyanyi lagu viral, Dawai.
Hafal part korus ja, itu pun kemana je perginya..sambil-sambil Afwa jadi guru vocal. Nak dengar yang sempurna tunggu dah hafal verse ye.. ni korus je.. Enjoy!
Paling menarik perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh penulis lirik lagu tersebut iaitu Hendro Djasmoro yang berasa terharu kerana hasil karyanya dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara.
Ini adalah penghormatan terbesar sebagai penulis lirik. Saya menangis terharu dalam kegembiraan.
Dalam pada itu, warganet juga sempat meminta Hendro untuk menghasilkan sebuah lagi ‘masterpiece’ khas untuk pelantun lagu Romansa Kita itu.
Sumber: TikTok Siti Nurhaliza