berita

[VIDEO] Penumpang Tercirit, Pesawat Delta Terpaksa Berpatah Balik

September 7th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Sebuah pesawat dari Atlanta terpaksa berpatah balik selepas seorang penumpang mengalami cirit-birit sepanjang penerbangan ke Barcelona.

Artikel Berkaitan: Cacing Parasit Ditemui Hidup Dalam Otak Wanita Usia 64 Tahun

Pesawat berpatah semula ke Atlanta

Memetik laporan The Guardian, pegawai Delta mendakwa bahawa pesawat tersebut perlu dilakukan kerja pembersihan termasuk menukar karpet yang kotor disebabkan insiden terbabit.

Bukan itu sahaja, krew dan anak kapal juga terpaksa menggantikan tuala kertas serta melakukan disinfeksi wangian di dalam pesawat. Difahamkan, kerja pembersihan mengambil masa hampir lima jam untuk diselesaikan.

Pasukan kami bekerja dengan cepat dan selamat untuk membersihkan kapal terbang dengan teliti dan membawa pelanggan kami ke destinasi terakhir mereka.

Difahamkan, selepas berpatah balik, para penumpang dan anak kapal dipindahkan ke pesawat lain menyebabkan kelewatan selama lapan jam.

Kami memohon maaf kepada para pelanggan atas kelewatan dan kesulitan sepanjang perjalanan.

Video

Sumber: X, The Guardian, TikTok,

SKIP THIS AD ×