Umum mengetahui, pelakon Fadlan Hazim sah bergelar suami kepada wanita pilihannya iaitu, Aiya Mukhamedsalova, 29, kira-kira jam 10.27 pagi, hari Ahad yang lalu.
Artikel berkaitan: Isteri Fadlan Hazim ‘Buka Mulut’ Kenapa Keluarga Tak Datang Majlis Akad Nikah
Artikel berkaitan: [VIDEO] Fadlan Hazim Sah Jadi Suami Wanita Kazakhstan
Terbaru di Instagram, pasangan pengantin baharu ini telah memuat naik satu video pendek yang memaparkan mereka sedang berpelukan selepas majlis akad nikah.
Pelukan pertama
Menerusi video tersebut, Fadlan dan Aiya berkata itulah perasaan pelukan pertama mereka selepas nikah. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif seperti mendoakan kebahagiaan Fadlan bersama isteri tercinta. Tambah netizen, mereka berharap rumah tangga yang dibina ini akan berkekalan buat selama-lamanya.
Sekadar info, Fadlan dan Aiya selamat disatukan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sumber: Aiya