Tular kembali video personaliti media sosial, Aisyah Hijanah yang mengulas tentang isu curang dan takdir.
Hal ini berikutan pengumuman perkahwinan kedua suaminya, Alif Teega pada Ahad lalu yang telah mencuri perhatian ramai pihak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alif Memang Tak Suka Jual Mahal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Perli Alif Teega Titip Ucapan ‘Anniversary’ Ke-6 Buat Aisyah Tapi Kahwin Lain – ‘Rare! Hadiah Ulang Tahun Bagi Madu..Teganya’
Pasangan perlu pertahankan perkahwinan
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Aisyah dilihat sedang memberi respon terhadap seorang pengikutnya yang mengajukan soalan tentang pasangan curang.
Kita kena sedar tau, bila kita ini adalah suami atau isteri orang kita kena pertahankan perkahwinan kita dan fokus kepada pasangan kita.
Menurut Aisyah, setiap pasangan perlu menjaga batas diri masing-masing supaya tidak wujud orang ketiga dan jangan sesekali menyalahkan takdir kerana curang adalah satu pilihan.
Bila dah jadi isteri dan suami orang ini kita kena sombong, jangan melayan orang. Bila kita buka ruang untuk orang, orang dah masuk dalam hati kita, dia nak keluar tu susah tau dan jangan salahkan takdir. Kata Allah yang bagi perasaan.
Itu tak logik, sebab perasaan itu ia takkan timbul kalau tak ada tindakan yang memupuk terhadap perasaan tersebut. Suami isteri kena jaga rumah tangga dahulu jangan sibuk nak jaga atau layan orang lain sampai lupa yang kita ada suami atau isteri dekat rumah.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini juga menyelar tindakan ‘penyondol’ yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain.
Perempuan lain pun, janganlah bodoh sangat. Contohnya kita dah tahu itu suami orang tapi kita menggedik, rapat-rapat..benda itu akan menimbulkan hati yang tak baik.
Bagaimanapun, Aisyah menegaskan bahawa sikap segelintir pasangan yang suka melayan orang ketiga juga antara faktor berlakunya pergolakkan rumah tangga.
Kes-kes curang ni salahkan pasangan kita sendiri. Kalau kita ni kuat, kita tak buka ruang untuk orang lain..kita takkan bagi dia masuk kerana dah tutup ruang tersebut. Tapi bila hati kotor dan tak jaga, maka akan masuklah orang yang akan merosakkan rumah tangga.
Kita kena sedar diri, fokus dengan kehidupan masing-masing, keluarga dan pasangan. Orang luar jangan menggatal, jangan cuba-cuba untuk mendekat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkata video tersebut sesuai ditujukan kepada Alif Teega setelah dia memilih untuk berpoligami selain mereka turut bersimpati terhadap Aisyah.
Terdahulu, Alif dan Aisyah memaklumkan tentang pernikahan kedua tersebut yang bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan fitnah terhadap diri mereka dan keluarga.
@aisyahhijanah Suami/isteri kena sombong, bukannya buka ruang. Perempuan luar pun jagalah maruah
? Jangan Pernah Menyerah ( Tuhan Tak Pernah Janji ) – Bobby Faraby
Sumber: TikTok Aisyah Hijanah