Baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencemar duli menghadiri Pesta Kuantan 188 yang merupakan acara tahunan dalam Kalendar Pelancongan Pahang.
Bukan itu sahaja, Seri Paduka Baginda dilihat begitu ‘sporting’ menyanyikan lagu yang dinyanyikan oleh beberapa artis ketika konsert diadakan di karnival tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Telatah Anak Kecil Ini Cuit Hati Netizen – ‘Semoga FYP’
YDPA ‘join’ nyanyi lagu Spring
@pahangpostnow Replying to @Dendenizati ? original sound – Pahang?Post
Menerusi rakaman video yang dimuat naik Pahang Post di TikTok, Seri Paduka Baginda bersama-sama menyanyikan lagu ‘Butakah Cinta’ yang dipersembahkan penyanyi asal, Ameng Spring.
Malah, Seri Paduka Baginda juga dilihat menyalakan lampu di telefon bimbitnya sambil menghayunkan tangan ketika menyanyikan lagu tersebut.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran yang dimuat naik, Seri Paduka juga begitu ‘sporting’ apabila menyanyikan sedikit bait lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’ nyanyian asal Aizat Amdan.
Kemesraan Seri Paduka Baginda itu ternyata meraih perhatian wargamaya yang menonton video tersebut.
‘Sporting betul YDPA’
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa seronok mereka melihat telatah Seri Paduka Baginda ketika menghadiri karnival tersebut.
Mereka juga kagum dengan Seri Paduka Baginda yang mengetahui lirik lagu yang didendangkan ketika konsert tersebut diadakan.
YDPA nyanyi lagu Aizat
@pahangpostnow Replying to @_gee ? original sound – Pahang?Post
Sumber: TikTok