Pengumuman tentang pernikahan kedua personaliti media sosial, Alif Teega yang dikongsikan sejak semalam telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Perli Alif Teega Titip Ucapan ‘Anniversary’ Ke-6 Buat Aisyah Tapi Kahwin Lain – ‘Rare! Hadiah Ulang Tahun Bagi Madu..Teganya’
Artikel Berkaitan: Isteri Hamil 5 Bulan, Alif Teega Mengaku Dah Berkahwin Dua – ‘Aisyah Adalah Wanita Pilihan Allah’
Terbaru, netizen dilihat memuat naik semula video Alif ketika berbicara mengenai isu curang pasangan lain di TikTok.
Cakap pandai memang macam itu
Menurut netizen, Alif pernah bercakap mengenai kisah rumah tangga pasangan lain yang viral di media sosial. Bukan itu sahaja, Alif didakwa memberi pandangannya berhubung sikap suami yang tidak pernah menghargai dan cukup mempunyai seorang isteri.
Ketika video tersebut dimuat naik semula di media sosial, OhBulan! mendapati netizen meninggalkan komen berbentuk kecaman terhadap Alif. Ujar netizen, nasihat yang diberikan oleh Alif sebelum ini seolah memakan diri sendiri kerana dia turut melakukan perbuatan yang sama terhadap isterinya iaitu Aisyah Hijanah.
Video
@streptococcussp Nasihat untuk @Alif Teega kepada Alif Teega. Muhasabah. #aisyahhijanah #alifteega
Sumber: Streptococcussp