berita

[VIDEO] Pernah Viral Berenang Nak Rentas Daerah, Lelaki Ini Cuba Taktik Baru Naik Rakit Gabus Pula!

August 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Tangkap layar TikTok Penang Kini

Semalam, viral satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki sedang meniarap di atas bongkah gabus kira-kira satu meter persegi yang dijadikan sebagai rakit dipercayai bertujuan untuk merentas daerah. Berdasarkan video itu juga, kelihatan lelaki terbabit turut membawa bersama sebuah beg galas.

Artikel Berkaitan: Tak Ada Permit Rentas Daerah, Lelaki Sanggup Berenang Seberang Laut Nak Jumpa Kawan

Rentas daerah guna ‘rakit’

Tangkap layar TikTok Penang Kini

Memetik laporan Kosmo, lelaki berkenaan dipercayai membuat percubaan merentas daerah menggunakan sebuah pelampung gabus stryofoam dari bahagian negeri Pulau Pinang ke tanah besar melalui jalan laut. Namun, usaha lelaki berkenaan tidak berjaya selepas tindakannya dikesan oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa kemudian bertindak menyelamatkan lelaki terbabit dengan membawanya naik ke atas bot.

Difahamkan, ini merupakan percubaan kedua merentas daerah yang dilakukan lelaki berkenaan. Sementara itu, pengguna Facebook mendakwa bahawa lelaki berkenaan adalah individu sama yang pernah diselamatkan oleh petugas Penang Port Sdn. Bhd ketika dia cuba merentas daerah dengan berenang ke Seberang Perai pada Julai lalu.

Cubaan rentas daerah gagal

@penang_kiniharitu Cuba renang Dari Grown Ke Bagan. Kali ni guna sterofoam utk Rentas daerah seberangi lautan? Jangan PernaH Berubah – Lia Magdalena

Sumber: Kosmo, Penang Kini

SKIP THIS AD ×