berita

[VIDEO] Pesanan #StayAtHome Guna Bahasa Isyarat Alif Satar Terima Pujian Dr Maszlee Malik

April 7th, 2020 | by Azizi Rahman
Lensa Insta

Penyanyi popular tanah air, Alif Satar bukan sahaja gah di pentas nyanyian, malah sungguh hebat dalam bidang pengacaraan dan lakonan. Bukan itu sahaja, dia juga berjaya menamatkan perlumbaan Iron Man Langkawi pada tahun lepas dan ini membuktikan kebolehannya dalam melakukan aktiviti lasak tidak dapat disangkal lagi.

Terbaru, menerusi Instagram miliknya, dia turut memberi pesanan kepada semua rakyat Malaysia agar patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytihar kerajaan agar sama-sama berjaya menangani penularan wabak ini.

Duduk rumah diam-diam

https://www.instagram.com/p/B-o1nTBl4Xn/?igshid=1tpzfbzne0eva

Pesanan ringkas yang penuh makna itu menarik perhatian ramai kerana dia memberi ucapan sambil melakukan bahasa isyarat agar mudah difahami oleh golongan OKU. Gayanya yang bersahaja menunjukkan dia tidak kekok untuk menggunakan bahasa isyarat membuatkan netizen terpegun dengan bakat yang dimiliki Alif.

Teruja dengan pesanan Alif

Bukan setakat netizen yang teruja, Dr Maszlee Malik turut berbesar hati memuji tindakan yang dilakukan Alif bagi menyampaikan mesej yang penuh bermakna kepada semua golongan masyarakat. Beliau turut menyarankan agar rakyat terus duduk di rumah dan sama-sama menangani wabak Covid-19 ini.

Semua benda tahu buat

Sumber: Alif Satar, Dr Maszlee Malik

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×