berita

[VIDEO] Petah & Marketing ‘Power’, Ragam Kanak-Kanak Jual Barang Tarik Perhatian Ramai

February 5th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Siapa sangka walaupun umurnya masih muda namun petah berkata-kata semasa menjual barang. Begitulah yang boleh diringkaskan melalui video perkongsian Mohd Eem di Twitter apabila seorang kanak-kanak lelaki yang petah berkata-kata dalam urusan jual beli.

Di sebalik petah berkata-kata, si cilik ini turut mendoakan semua pelanggannya agar sentiasa sihat. Rata-rata netizen turut terharu dengan kepetahan kanak-kanak ini dan juga berkongsi video di mana mereka berjumpa kanak-kanak ini di sekitar ibu negara. Malah, si cilik ini turut mendoakan semua pelanggannya agar sentiasa sihat. Rata-rata daripada netizen turut terharu dan berkongsi pengalaman berjumpa kanak-kanak ini di sekitar ibu negara.

Kecik lagi dah power marketing

Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu kelihatan berniaga secara jujur dan ikhlas. Sesiapa yang menjadi pelanggannya pasti terpukau dengan kemampuan dia berniaga walau usianya masih kecil. Kanak-kanak ini turut tidak lepas dari mengukir senyuman di bibir semasa bercakap. Di samping itu, kanak-kanak itu turut menghadiahkan doa buat ke semua pelanggannya.

Selalu belanja doa


Penyanyi kumpulan Drama Band, Aepul Roza turut berkongsi video kanak-kanak tersebut sedang berdoa untuk dirinya dan rakan-rakan lain. Menurut Aepul kanak-kanak itu sering kali bersedekah doa buat sesiapa yang dia bertemu.

Pandai sangat promote dan berdoa

Harap dapat orang doakan macam ni

Rata-rata netizen menyokong gaya si kecil itu menjual barang sehinggakan mereka tidak mampu untuk menolak daripada membeli.

Sumber: Mohd Eem

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×