berita

[VIDEO] Polis Pun Kau Nak Scam…

October 12th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Jenayah penipuan melalui panggilan telefon telah lama berleluasa sehingga ramai individu yang menjadi mangsa. Selalunya mereka akan menyamar sebagai pihak berkuasa atau pegawai bank selain menakutkan mangsa dengan tuduhan palsu.

Melalui perkongsian menerusi Facebook Polis Kedah, memuat naik sebuah video memaparkan seorang anggota polis wanita mendapat panggilan dari ‘scammer’. Video yang viral itu menyaksikan Koperal Suraya ‘melayani’ panggilan scammer yang didakwa sebagai ‘pegawai kastam’.

Polis kena ‘scam’

https://www.facebook.com/PolisKedah/videos/1102058076875805/?__xts__[0]=68.ARAxd-sE94s9p0-VHoVm1DC6PJgy6RQtnkZrUn2PXuoMRQhdSzCrac8Wm-k5LScDfmriXCvf48EK6rNC2NQvmOr-NUawxMLr89CIKX0C9QkS8O5XYlZT8hNHpXkynpUjz6Qs4UXVAHDYwIAfNuoC6yKSejhZFhSO9O5H2AXQTdddmhJU_wO2rE8AjhjVv4tsWMwu9IwNNHcSXcMs3vbfYFh-IvQBeCuRMdstZ68e9eIi6osdZjVkx20DBL9_QAX0VD_grNAQTOIpIflqPuVZdTqudNpZqITSjMWyOuOTt3cLu0dRQdFS9CsU-GPPruPp8xlUmh-GZHU5YuQ3I8nbzd3S-iv6c7eleE-eLA&__tn__=H-R

Video berdurasi 9:31 minit ini telah mendapat lebih perhatian 23 ribu perkongsian di platform Facebook dan rata-ratanya berpuas hati dengan tindakan anggota polis ini. Koperal Suraya yang berkhidmat di cawangan latihan dan sukan di IPK Kedah ini telah menerima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali dan didakwanya merupakan scammer.

Malah, video ini sempat dirakam dan dimuat naik di media sosial selain ‘loudspeaker’ diaktifkan pada telefonnya bagi memberi pengajaran kepada umum.

Scammer tersebut juga mendakwa dirinya merupakan seorang pegawai kastam dari pelabuhan Klang dan menyatakan kesalahan membeli barangan dari luar negara dan dikenakan cukai.

Cik ada membuat pembelian barangan dari luar negara, yang berharga RM15,399 dan barangan ini telah dikenakan cukai sebanyak RM1,980.

Nama akan disenarai hitam

Bagaimanapun, anggota polis wanita ini menjawab menafikan tidak pernah membuat pembelian barangan yang dinyatakan itu. Tambahan. scammer tersebut turut mengatakan ‘barangan’ yang dibeli itu masih tersangkut di pelabuhan Klang.

Barangan ini masih tersangkut di pelabuhan Klang. Untuk release benda ini, puan kena buat bayaran sebanyak RM3,980 dalam hari ini. Kalau puan tak buat pembayaran cukai ini, nama puan akan disenarai hitam putih.

Di penghujung video ini, Koperal Suraya meminta butiran kad pengenalan individu tersebut. Individu tersebut kedengaran seolah untuk mengelak daripada memberi butiran dirinya. Bagaimanapun, scammer tersebut akhirnya mematikan panggilan telefon setelah dia gagal memperdayakan mangsanya.

Sumber: Polis Kedah

SKIP THIS AD ×