Viral di media sosial beberapa video menyaksikan seorang pemuda berbangsa Cina didakwa menampar dan menyepak seorang wanita di khalayak umum. Kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah restoran di Pandan Jaya, Ampang.
Pukul wanita
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Superintendan Mohd Azam Ismail menerima laporan tersebut dari orang awam dan melihat sendiri rakaman video tersebut. Justeru, pihak polis bertindak untuk menyiasat kes yang viral ini dan dalam usaha mencari lelaki dan wanita tersebut.
Video berdurasi 16 saat itu dimuat naik ke Facebook oleh seorang penama. Dalam video itu kelihatan seorang lelaki tidak dikenal pasti memukul seorang wanita juga tidak dikenal pasti. Berdasarkan siasatan mendapati kawasan kejadian adalah tempat awam dan dipercayai mangsa serta suspek mempunyai hubungan keluarga.
Sehingga kini, tiada saksi awam yang tampil memberikan keterangan.
Dipercayai adik-beradik
Rakaman video tersebut juga menunjukkan seorang lelaki memarahi, membaling objek dan menendang seorang wanita di kawasan premis serta jalan raya di hadapan sebuah restoran. Dipercayai, mereka berdua mempunyai hubungan kekeluargaan dan netizen mendakwa lelaki itu merupakan adik kepada wanita tersebut yang berang selepas kakaknya mabuk.
Sumber: Harian Metro, Facebook