Jika kita bercakap tentang soal perniagaan, sudah semestinya para peniaga menginginkan keuntungan. Begitu juga dengan pengusaha atau pun petani tempatan. Mereka juga mengharapkan keuntungan namun pada masa sama harus bersaing dengan lambakan hasil tanaman dari negara luar yang dibawa masuk ke Malaysia.
Terbaru, menerusi sebuah video yang sedang berlegar di media sosial ketika ini, seorang petani bertindak memusnahkan hasil tanaman pisangnya sebagai tanda protes terhadap lambakan pisang dari negara luar yang dijual di negara kita. Habis semua pisang kena potong! Wah, betul punya marah petani ini ye!
Kesal Akan Tindakkan Pihak Berwajib
https://www.facebook.com/koleksivideoblogsensasi/videos/603336169789968/
Menerusi video tersebut, petani itu melahirkan rasa kesal dengan mendakwa pihak berwajib hanya membiarkan lambakan pisang dari negara luar memasuki pasaran tempatan hingga menjejaskan periuk nasi mereka. Katanya tanaman pisang di negara ini sahaja sudah cukup untuk menampung permintaan pasaran tempatan.
Dakwa petani tersebut lagi, pisang hasil tanamannya itu tak dapat dijual dan jalan terakhir adalah dengan memusnahkannya.
‘Sedekahlah Bagi Orang Makan’
Ternyata tindakan itu telah tular dan mendapat perhatian para netizen. Jelas sekali netizen tidak begitu senang dengan tidakkan drastik petani tersebut. Banyak komen dari netizen yang mengatakan pisang tersebut sepatutnya disedekahkan kepada golongan yang memerlukan atau pun digunakan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengatakan tidakkan tersebut akan menyempitkan lagi rezeki petani tersebut. Yelah kan Islam ada pesan membazir itu amalan syaitan.
Admin rasa tak patut petani tersebut memusnahkan hasil tanaman tersebut kerana banyak lagi cara yang bole dilakukan untuk menunjukkan tanda protes kepata pihak berwajib. Diharap agar pihak berwajib itu juga mengambil perhatian yang serius terhadap insiden yang telah terjadi ini.