berita

Video : PSY Muncul Dengan Iklan Komersial Kacang ‘Gangnam’ Di Amerika

February 5th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-02-05 at 11.55.22 AM

Nampaknya, fenomena ‘Gangnam Style’ masih lagi belum basi dan kini, sebuah iklan komersial kacang turut menggunakan Psy sebagai wajah untuk iklan mereka, ‘Wonderful Pistachios’.

Iklan ini pertama kali disiarkan pada perlawanan Super Bowl baru-baru ini yang menyaksikan jutaaan peminat futbol Amerika menonton iklan tersebut. Dapat dilihat, Psy menari bersama penari-penari kacang dan lirik asal ‘Oppa Gangnam Style’ turut diubah menjadi ‘Crackin Gangnam Style’.

Apa yang lebih menarik ialah iklan ini menggunakan tagline, “PSY does it and we all go nuts. Wonderful Pistachios. Get Crackin’.”

Dan ya, video ini telah mencatat hampir 1 juta tontonan selepas 2 hari dimuatnaik di laman Youtube. Mari tonton video ‘Wonderful Pistachios’ selepas ini.

SKIP THIS AD ×