Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi respons terhadap lagu berjudul Bukit Mak nyanyian pengarah dan pemuzik kontroversi Namewee bersama pelawak Harith Iskander.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Layak Digelar Penyanyi, Bukan Pendakwah’ – PU Syed
Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Dikecam Kerana Melawat Kota Al Ula, Ini Penjelasan PU Syed – ‘Ramai Yang Keliru Tentang Al Ula & Mada’in Saleh’
Pandangan PU Syed
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menyifatkan karya tersebut keterlaluan kerana menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini.
Lagu-lagu seperti ini dan karya-karya Namewee ini sebenarnya mencemarkan negara. Boleh Google sendiri, dia buat kontroversi terhadap agama, bangsa dan negara.
Dalam pada itu, PU Syed juga menegur Harith agar tidak mengunakan agama sebagai bahan jenaka.
Buat Harith Iskander, sebagai pelakon banyak benda yang kamu boleh pertonjolkan kepada khalayak tetapi tidaklah mencemarkan agama atau mempermainkan agama sebagai untuk konten.
Justeru itu, pendakwah berusia 42 tahun tersebut menitipkan pesan terhadap kedua-dua selebriti berkenaan supaya tidak menggunakan sentimen untuk meraih perhatian penonton.
Jadi, peringatan saya untuk Namewee dan Harith, jangan memainkan sentimen dalam hidup kita di Malaysia ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat PU Syed dan menggesa Namewee serta Harith agar lebih sensitif terhadap karya yang mereka hasilkan.
Sumber: IG PU Syed