Penceramah bebas, PU Syed tampil menegur pelawak dan pelakon Saiful Apek selepas tular rakaman yang menunjukkan dirinya bersentuhan dengan usahawan sensasi, Kak KM.
Artikel Berkaitan: ‘Perbuatan Menggerak-Gerakkan Gambar Tanpa Tujuan Yang Baik, Tidak Dibenarkan Syarak’ – PU Syed Tegur Nora Secara Terbuka Isu AI Arwah Suami
Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Dolla Lagi, Pakai Baju Mencolok Mata – ‘Dua Daripada Empat Ahli Kumpulan Ini Adalah Muslim’
Teguran buat Saiful Apek
View this post on Instagram
PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menjelaskan bahawa batas pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram perlu dijaga selain perlu menghormati hukum syarak yang telah ditetapkan dalam Islam.
Kalau kita anggap seseorang itu sebagai abang tapi tak ada pertalian darah atau tiada hubungan mahram dengan kita. Maka haram kepada dia untuk sentuh tubuh kita walaupun tidak kena kulit tapi menyentuh tubuh seolah berpelukan.
Walaupun setara mana kita berkata-kata dengan kata-kata yang hebat, tapi itu tidak boleh menyanggah perintah dan larangan Allah SWT.
PU Syed turut menasihati pemilik nama Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff agar lebih berhati-hati dalam menjaga adab lebih-lebih lagi apabila melibatkan wanita yang sudah berkahwin.
Teguran saya kepada Saiful Apek, berhati-hati. Memang kata-kata abang Saiful itu mantap sekali tapi berhati-hati bila mana kita memegang tubuh seorang wanita lebih-lebih isteri orang, ia tidak dibenarkan dalam syarak.
Bahkan dengan kata-kata kita tersebut patut kita amati untuk diri kita sendiri supaya tidak terjerumus dalam perbuatan mungkar.
Muhasabah, perbaiki diri
PU Syed menjelaskan bahawa walaupun seseorang itu menganggap wanita lain sebagai adik angkat atau saudara rapat, selagi tiada hubungan mahram, maka bersentuhan tetap tidak dibenarkan.
Ada masa kita kena muhasabah diri, mungkin kadangkala kita terlepas pandang atau tak sedar. Jadikan saya beri teguran ini kepada abang Saiful dan semua orang supaya berhati-hati dengan menyentuh tubuh isteri orang walaupun kita anggap wanita itu adalah adik.
Dia bukan mahram kita dan tidak dibenarkan melakukan perkara tersebut melainkan dengan mahram.
PU Syed turut menasihati orang ramai agar muhasabah diri dan mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama.
Video Apek, Kak KM
View this post on Instagram
Sumber: Instagram PU Syed