berita

[VIDEO] Puluhan Cebisan Kertas Dimasukkan Pembuli Ke Dalam Mata Kanak-Kanak 7 Tahun

November 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes buli membabitkan kanak-kanak dan pelajar sekolah seringkali dilaporkan berlaku di seluruh dunia. Mereka ini sering dijadikan mangsa oleh pembuli tanpa belas kasihan sehingga pada akhirnya ada yang menjadi trauma seumur hidup.

Di China, seorang kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun terpaksa menderita dan menahan kesakitan selepas dipercayai dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya sendiri.

Ada cebisan kertas dalam mata

Menerusi laporan Daily Mail, puluhan cebisan kertas telah dikeluarkan oleh doktor dari kelopak mata kanak-kanak malang itu selepas dipercayai dibuli dan dilakukan rakan sekelasnya.

Menurut ibu mangsa, anaknya yang berada di tahun kedua Sekolah Rendah Dajian di bandar Yuzhou, wilayah Henan telah dibuli di dalam kelas oleh dua rakan lelaki dengan seorang budak lelaki lain mencampakkan kertas itu ke dalam mata kirinya.

Ibu mangsa memaklumkan, kejadian yang menimpa anaknya itu hanya diketahui selepas melihat cebisan kertas yang kerap keluar daripada mata anaknya sejak dua bulan lalu.

Menangis kesakitan

Ibu kanak-kanak itu telah membawa mangsa ke hospital beberapa kali sejak dari 28 September lalu untuk mengeluarkan cebisan kertas tersebut.

Dia juga turut menyiarkan rakaman memaparkan anak perempuannya yang sedang menangis kesakitan ketika doktor mengeluarkan kertas dari kelopak matanya.

Kata wanita yang dikenali sebagai Li itu, kebimbangan terbesarnya adalah jika cebisan kertas tersebut akan merosakkan penglihatan anaknya selepas ini.

Dia juga risau jika masih banyak kertas yang masih terperangkap di dalam kelopak mata anaknya.

Tiada guru bersama mangsa dan pembuli

Doktor yang merawat kanak-kanak malang tersebut bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kesemua cebisan kertas itu berjaya dikeluarkan atau tidak.

Sementara itu guru besar sekolah terbabit berkata, tiada guru bersama mangsa dan pembuli terbabit ketika kejadian berlaku.

Susulan kejadian itu, Biro Pendidikan dan Sukan Yuzhou mengkritik perbuatan pembuli terbabit dan turut mengarahkan sekolah itu untuk mengatur sesi kaunseling kepada mangsa.

Sumber: Daily Mail

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×