Pelakon, Puteri Sarah mendedahkan bahawa dia tidak pernah memberitahu kepada anak-anaknya tentang latar belakang pekerjaannya sebagai seorang selebriti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Tak Sihat, Syamsul Yusof Hadir ‘Support’ Hari Sukan Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sejak Menantu Aku Menjanda Ramai Nak Try’ – Netizen Sebak Tengok Yusof Haslam Peluk Puteri Sarah Atas Pentas
Puteri Sarah tak dedahkan pekerjaan
Menerusi siaran langsung di TikTok, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dilihat sedang berinteraksi bersama pengikutnya. Aktres itu kemudian menjawab pertanyaan warganet tentang anak-anaknya.
Menurut Puteri Sarah, dia merahsiakan mengenai kariernya dengan tujuan supaya anak-anak tidak mengambil kesempatan terhadap perkara tersebut.
Saya tak nak anak-anak saya rasa bangga diri dan menganggap diri mereka istimewa serta ada kelebihan kalau mereka tahu bahawa ibu bapa dan datuk mereka adalah selebriti.
Saya tak nak mereka tahu apa sebenarnya pekerjaan kami dan sehingga sekarang mereka masih tak tahu. Mereka cuma tahu nama kami sahaja.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami tindakan pelakon drama Suri Hati tersebut yang mahu anak-anaknya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain.
Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
@_norainibasre_ #binafshasweet #norainibasre #norainibasreshop #puterisarahliyana #syamsulyusof #yusofhaslam
Sumber: TikTok