Penyampai radio, Radin mendedahkan bahawa dia dan kekasihnya, Azlina Idris mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga mereka pada tahun ini.
Artikel Berkaitan: ‘Cinta Tak Payah Dicari, Muncul Dengan Sendiri’ – Cat Farish
7 tahun cinta jarak jauh
Ketika ditemui OhBulan!, Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 31, berkata dia dan kekasihnya sudah pun menghadiri kursus kahwin bagi memastikan urusan perkahwinan mereka berjalan lancar.
Alhamdulillah saya masih lagi dengan orang yang sama, kita doakan baik-baik.
Perancangan tu ada, kalau dipermudah, insya-Allah sampai lah waktunya nanti. Untuk proses, saya reveal satu je. Kursus kahwin kami dah pergi.
Radin berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media sambutan ‘ERA 25 Tahun’ yang diadakan di Sky Lounge NU Sentral pada Jumaat.
Dalam pada itu, Radin mengakui percintaan jarak jauh merupakan satu perkara yang sangat mencabar buat dirinya dan kekasih.
Tujuh tahun kami bersama dan jujur saya cakapkan percintaan jarak jauh adalah satu perkara yang sangat menguji dan juga mencabar.
Satunya kami jauh, kemudian kami berada di zon yang berbeza iaitu 5 jam berbeza. Kadang-kadang saya tidur dia bangun, dia bangun duk bergaduh sampaikan kita rasa macam bila nak settle?
Jarak jauh ni saya rasa apa yang paling penting ialah komunikasi.
Akui tangguh kahwin sebab kerjaya
Ketika ditanya mengapa mengambil waktu yang lama untuk mendirikan rumah tangga, Radin memaklumkan bahawa kerjayanya yang sibuk menjadi faktor mengapa dia perlu menangguhkan peracangan itu sebelum ini.
Sebenarnya perancangan tu ada dah lama, berlaku sebelum arwah mak saya meninggal lagi tetapi saya terpaksa mengetepikan kehendak saya dahulu. Kerja dan rezeki saya hari ini ialah doa arwak mak dan ayah saya.
Saya tak terfikir pun saya akan jadi penyampai radio, jadi bila dapat rezeki menjadi penyampai radio ni. Kerja dan rezeki saya hari ini ialah doa arwak mak dan ayah saya.
Bila arwah mak saya ‘pergi’ pada tahun 2021, saya mula fikir yang saya perlu buat sesuatu untuk diri saya pula. Jadi doakan baik-baik (buat hubungan saya).