Baru-baru ini, penyanyi Cat Farish mengakui sedang berkawan rapat dengan kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.
Artikel Berkaitan: Cat Farish Akui Berkawan Rapat Dengan Shikin Maembong, Sedia Nak Halalkan Hubungan
Artikel Berkaitan: ‘Cerai Talak Satu Bukan Tiga’ – Cat Farish
Susulan daripada pengakuan tersebut, Cat Farish atau nama sebenarnya Farish Ramli dilihat mula terbuka berkongsi beberapa video dan gambar yang memperlihatkan kemesraan bersama Shikin di laman sosial miliknya.
Cinta datang sekelip mata
Terbaharu menerusi sepotong video di TikTok, penyanyi itu berkata dia tidak menyangka apabila perasaan cinta secara tiba-tiba wujud dalam hatinya.
Malah, dia menyifatkan kehadiran Shikin sebagai penyeri hidup adalah tepat pada waktunya.
Bila perasaan fly (terbang) muncul tanpa disedari. Bila kita dikejutkan dengan perasaan yang muncul tiba-tiba dalam sekelip mata.
Betul orang cakap cinta tak payah dicari, ianya muncul dengan sendiri tepat pada masanya tanpa kita sedari dan kita rancang.
‘Love you’
Sementara itu, turut mencuri perhatian wargamaya apabila Shikin yang juga seorang usahawan sempat meninggalkan komen ‘love you’ (sayang awak) di ruangan balas.
Netizen mendoakan
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut mendoakan hubungan Cat dan Shikin sampai ke jinjang pelamin.
Sebelum ini, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada April 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar,12.
Cat kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 tetapi bercerai pada Januari lalu. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Chef Wan pada 5 Disember 2014 tetapi bercerai pada Jun 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Putri Arianna.
Shikin turut mendirikan rumah tangga kali kedua pada Mac 2020 namun bahtera yang dibina berakhir selepas dua tahun. Namun identiti suaminya ketika itu tidak ketahui sehingga kini.
Sumber: TikTok