Nama Raja Ema mula menyinari industri tempatan pada 1985 hingga kini. Namun, nama penyanyi ini makin suram dalam industri dek kerana kemunculan penyanyi dan pelakon baru yang semakin bercambah.
Penyanyi yang popular dengan lagu Jejaka Idaman dan Angan-angan ini pernah menyanyi di pentas Sukan Olimpik Seoul pada tahun 1988. Persembahan Raja Ema dimeriahkan lagi dengan penyanyi Shohjo Tai dan Park Hye Ryoung.
Fenomena dunia hiburan tempatan
https://www.youtube.com/watch?v=J0INEuCKEaA
Video berdurasi 5:49 minit tersebut menyaksikan Raja Ema membuat persembahan bersama 2 lagi penyanyi Asia iaitu Shohjo Tai (Jepun) dan Park Hye Ryoung (Korea). Lagu Mentari Korea dinyanyikan pada malam acara gemilang tersebut.
Memori
Korea menjadi negara Asia pertama yang menganjurkan dan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1988. Ternyata penyanyi ini amat merindui kenangan di pentas Olimpik Seoul.
Mentari Korea
Lagu Mentari Korea dinyanyikan atas pentas Sukan Olimpik Seoul. Lagu ini dinyanyikan oleh Leslie Mandoki dan Eva Sun, manakala Raja Ema diberi peluang untuk menyanyi lagu tersebut dalam versi Malaysia. Lagu tersebut disusun seni kata semula oleh Jenny Chin dan Fauzi Marzuki.
Credit: Youtube ZmanDin