Pendedahan rakaman suara dipercayai melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama 19 lagi nama individu didakwa berkait rapat dengan konspirasi peringkat tertinggi. Memetik laporan Astro Awani, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya telah mendedahkan sembilan klip rakaman suara dan menegaskan tindakan itu bagi memastikan tahap integriti tidak dipersoalkan mana-mana pihak.
‘Can I advise you something?‘
https://www.facebook.com/astroawani/videos/1538528682966808/
Di dalam rakaman audio tersebut, suara yang dikatakan mirip Datin Seri Rosmah Mansor seakan meninggikan suara kepada suaminya, Datuk Seri Najib Razak. Perbualan kedengaran tegang apabila beliau meminta suaminya melakukan sesuatu terhadap kemelut skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Rakaman suara dipercayai berlaku antara bulan Januari dan Julai tahun 2016.
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Najib
https://www.facebook.com/astroawani/videos/706964653044295/
Manakala, ini pula adalah rakaman audio perbualan antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Dzulkifli Ahmad bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Perbualan ini didakwa berlaku pada 5 Januari 2016.
Konspirasi jenayah diperingkat tertinggi
https://www.facebook.com/astroawani/videos/977896219258043/
Rakaman ketujuh didedahkan
https://www.facebook.com/astroawani/videos/2460726784189695/
Sementara itu, Latheefa Koya menyifatkan pendedahan rakaman suara kontroversi ini adalah sesuatu yang bersifat telus dan tahap integriti SPRM.
Bukan sahaja atas nama ketelusan, tetapi kerana kami tidak mahu lagi melihat badan bebas seperti SPRM diperlekehkan atau berlaku kompromi dalam AGC, yang mana anda lihat dokumen rahsia disebarkan dan sebagainya. Jadi kami merasakan amat perlu untuk kami mendedahkan bukti seperti ini.
Belum ada peluang mendengar
https://www.facebook.com/najibrazak/videos/1314734572054946/?__xts__[0]=68.ARAf3xDer-DhZP2uwKSTQDNq2fVEppiqBTBZOPcCsXfyE4ItNktOzO_9nRsMm248vT369gX1NQMSkWH6gW8cgXyGpG1KMiv5E8n4Y8fTf3GKH2-L5hP09bdDtk2c7mdsRl5jxqqmTlWHIibxKoNnMASrYcfBsBerGMNjzdYTpaC51LdTJ9aKd3FrRPlrtbhQs9za2Du7jzK_xnymJ6Q-LdxZF6GMMDfUYqP24wWzsATVVia8eCbxuBqf1q9mHTEpwUBDg4SPLLRceIUqJhrbev_FlmCLusCT9gLQYtNPG-1nJGKn580oWv-xlWh1Zo3BcEmcu359B78Qk3zluhzWB3sY3jf6Pcz0&__tn__=-R
Menerusi laman Facebook Najib Razak, dia terkejut akan pendedahan rakaman perbualan telefon di sebuah sidang media yang telah diadakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Difahamkan sewaktu sidang media ini diadakan, Najib Razak dan peguamnya masih di dalam mahkamah untuk perbicaraan.
Setakat ini, mantan Perdana Menteri itu masih belum berpeluang untuk mendengar rakaman-rakaman suara yang didedahkan SPRM.
Saya akan bincang dengan peguam saya terlebih dahulu. Masa itu saya ketua kerajaan.
Sumber: Astro Awani, Najib Razak