Jika dibandingkan dengan ibu, bapa lebih sinonim dengan karakter tegas dan berdisiplin. Seorang bapa kebiasaannya sukar meluahkan perasaan sebenar yang dirasainya.
Seperti perkongsian gadis ini di Twitter, bapanya ‘bising’ apabila si anak membazir wang dengan membelikannya kasut baru. Malah, dia mengeluh kerana anak tidak berjimat cermat.
‘Ni bukan murah-murah beli’
Ego seorang abah ? pic.twitter.com/4QqfkRQsZP
— su (@_sueeeeeee) December 15, 2020
Beli apa pulak ni? Orang kata jimat duit, jimat duit. Beli hat nu beli hat ni. Adui tua-tua dah abah duk pakai. Jimat sama duit tu, beli tak berhenti-henti. Ni bukan murah-murah beli. Apa-apa terima kasihlah beli jugak. Amboih.
Menerusi video yang berdurasi 0:25 saat, si bapa dilihat membebel sambil membelek kasut baharu yang dihadiahkan. Dia turut mengadu sudah tua untuk menggayakan kasut berjenama Puma. Di hujung video, bapa sempat berterima kasih kerana si anak tidak melupakannya.
Perkongsian tersebut ternyata menarik perhatian netizen apabila mendapat sehingga 3k retweet. Di ruangan balas, netizen turut berkongsi reaksi bapa masing-masing apabila menerima hadiah.
‘Ayah memang macam ni’
Sumber: _sueeeeeee