berita

Video Recap Filem Paranormal Activity Menyeramkan

October 11th, 2012 | by M
Filem Antarabangsa

Paranormal Activity melancarkan sebuah video recap kisah-kisah menyeramkan daripada siri 1 hingga 3 untuk tontonan umum, 5 minit tadi.

Mungkin ramai yang tak ketahui bahawa filem Paranormal Activity mempunyai sejarahnya yang amat unik sekali. Ia merupakan sebuah filem indie yang telah dibeli oleh produksi terkemuka, Paramount Pictures yang menyedari akan potensi komersial filem ini. Pada siri yang pertama, filem ini berjaya mencatatkan box-office apabila berjaya mengutip USD$ 194 juta seluruh dunia pada tahun 2009. Sekaligus, menjadikan filem yang paling menguntungkan dalam sejarah Hollywood. Tahukan anda, kos untuk mengarahkan filem indie ini adalah USD$ 15 000 sahaja? Untung habis ni!

Trailer

Setahun kemudian, filem prekuel, Paranormal Activity 2 dilancarkan pada bulan Oktober 2010, diikuti dengan Paranormal Activity 3 pada bulan Oktober 2011.

Atas sokongan peminat yang tak putus-putus, Paramount Pictures mengumumkan penerbitan filem prekuelnya pada Januari lalu, dan yang pasti, Paranormal Activity 4 akan menemui anda pada 25 Oktober depan.

Ayuh, jom tonton video recap Paranormal Activity yang menyeramkan selepas ini.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×