Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Telangana, India yang dikatakan ketagih dengan ganja mengundang padah selepas ibunya bertindak ‘menggosok’ serbuk cilik pada matanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nak Beli Ganja Sekali Dapat Rumput! Lelaki Nekad Buat Laporan Polis Selepas Ditipu
Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Maut ‘Dibunuh’ Di Australia, Didakwa Jadi Penjaga 1,000 Pokok Ganja Bagi Kumpulan Jenayah
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 3 Tahun Ketagih Hisap Rokok, Mengamuk Baling Barang Kalau Tak Bagi
Tindakan mengundang padah
What happened when a mother found out that her 15-yr-old son was becoming a ganja addict? She came up with a unique treatment. Tie him to a pole & rub mirchi powder in his eyes & not untie him until he promises to quit. Incident in Kodad, #Suryapet dt, #Telangana. pic.twitter.com/Kw8FXaqtz7
— Krishnamurthy (@krishna0302) April 4, 2022
Menerusi video pendek dikongsi, dapat dilihat seorang remaja yang diikat pada sebatang pokok sebelum ibunya bertindak menggosok serbuk cili pada matanya dan turut dibantu oleh seorang wanita lain. Bukan itu sahaja, remaja ini turut meronta-ronta dan menjerit berikutan rasa pedih diperlakukan sedemikian rupa.
Dalam pada itu, turut kedengaran suara jiran tetangga yang berada di tempat kejadian dan menyuruh wanita ini menuang air pada mata anaknya. Tali yang diikat pada pokok tersebut akhirnya dibuka selepas remaja ini berjanji untuk meninggalkan tabiat menghisap ganja.
Difahamkan wanita ini bimbang anaknya menjadi penagih dan tindakan tersebut dilakukan sebagai hukuman. India.com melaporkan tindakan ibu bapa menggosok serbuk cili pada bahagian mata anak bukan satu perkara yang baharu yang terjadi di luar bandar.
Video yang dikongsi mencetuskan pelbagai perdebatan yang kurang bersetuju dengan mekanisme yang digunakan dalam mendidik anak-anak.