berita

[VIDEO] Remaja Diserang & Ditumbuk Lelaki Ketika Tunggu Pakaian Di Dobi, Tak Pasal-Pasal!

August 15th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Jika sebelum ini viral di media sosial berkaitan video remaja perempuan yang membuang air kecil di sebuah kedai dobi di Melaka. Kini lain pula ceritanya apabila seorang lelaki tidak siuman bertindak menyerang dan menumbuk seorang pelanggan yang berada di kedai dobi di Bintagor, Sarawak.

Rakaman yang berdurasi 0:31 saat yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Ditumbuk berkali-kali…

https://www.facebook.com/1732934810277041/posts/2494661094104405?s=100000923602075&v=e&sfns=mo

Menurut Harian Metro, dalam rakaman tersebut, lelaki yang hanya berseluar pendek itu kelihatan memasuki premis tersebut dengan keadaan marah lalu telah menumbuk salah seorang pelanggan yang sedang menunggu cuciannya.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Sekam Anoi berkata bahawa mangsa yang berumur 19 tahun itu ditumbuk berkali-kali oleh lelaki sebelum meninggalkan kedai tersebut.

berkata kejadian berlaku begitu pantas mengakibatkan pelanggan lain di kedai dobi itu terpinga-pinga. Namun, ada antara mereka yang bertindak melindungi mangsa.

Diharapkan anda lebih berhati-hati terutamanya ketika berhadapan dengan orang yang tidak dikenali.

Sumber: Harian Metro, Info Kemalangan dan Bencana Malaysia

SKIP THIS AD ×