Gejala lumba haram semakin menjadi-jadi dalam kalangan orang muda. Pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalal (JPJ) khususnya sedang bergiat aktif dalam menangani gejala ini. Sekatan jalan raya turut dilakukan di kawasan tumpuan mat rempit bagi memberkas golongan ini.
Menerusi Twitter Yana Nasuha berkongsi video dua orang remaja yang disyaki ingin melarikan diri dari sekatan jalan raya yang dilakukan oleh JPJ. Telatah remaja tersebut yang menyatakan bahawa dia bakal dimarahi oleh ibunya nanti menarik perhatian netizen.
Tolong, nanti mak saya marah
"tolong saya, nanti mak saya marah lah" ??? pic.twitter.com/lO0J4K2uap
— Lyn. (@YanaNasuha) January 22, 2020
Menurut Yana, anggota JPJ tersebut merupakan abang kepadanya. Nada suara abangnya memang begitu sehinggakan dia tidak tahu sama ada abangnya sedang marah ataupun bercakap seperti biasa.
Bukan halau tapi suruh ke depan
Tambahnya lagi, anggota JPJ berkenaan bukan menghalau remaja tersebut tetapi menyuruh mereka kt hadapan di mana sekatan jalan raya dilakukan. Dua remaja tersebut cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya yang dilakukan.
Masa keluar tak ingat mak marah ke?
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua orang remaja itu yang menyatakan bahawa dia bakal dimarahi oleh ibunya selepas ini.
Sumber: Yana Nasuha