berita

[VIDEO] Remaja Perempuan Kena Pukul Sampai ‘Berdarah’ Tersebar Di Media Sosial, Rupanya Berebut ‘Abang Angkat’?

June 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gejala buli dan gengsterisme yang berlaku dalam kalangan remaja bukanlah satu perkara yang asing lagi. Kes sebegini secara tidak langsung memberi kesan terhadap fizikal dan mental mangsa sehingga boleh membuatkan mereka menjadi trauma seumur hidup.

Terbaru, seorang pengguna Twitter berkongsi satu video yang memaparkan seorang remaja perempuan telah menjadi mangsa buli ‘rakan-rakannya’.

Acah-acah jadi ‘gengster’

Berdasarkan video pendek berdurasi 2:20 saat memperlihatkan beberapa orang remaja berada di satu tempat seperti di tangga kawasan perumahan. Menurut sumber, kejadian buli ini dipercayai berpunca akibat berebut abang angkat. Jika dilihat dari video berkenaan, seorang remaja yang memakai baju kuning itu sedang menendang dan menarik rambut mangsa yang memakai baju ‘jersi’ warna hitam. Mangsa dilihat tidak bercakap dan tidak melawan meskipun dia telah dipukul dan ditendang oleh pelaku.

Lebih mengejutkan, mangsa hampir terjatuh dari tangga ketika pelaku menarik rambut dan memukul mukanya. Beberapa orang rakan pelaku juga kelihatan sedang berseronok dan bersorak sewaktu pelaku sedang membuli mangsa.

Ada hubungan dengan abang angkat?

Difahamkan, mangsa sudah membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan. Menerusi Twitter juga, mangsa mengalami trauma dan beberapa kecederaan seperti hidung berdarah, leher dan kepala bengkak serta kesakitan di bahagian pinggang.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan sekumpulan remaja berkenaan. Malah, mereka juga menggesa pihak berkuasa supaya membuat siasatan lanjut berhubung kejadian ini.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×