Tular baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan seorang remaja lelaki melawat pusara arwah bapanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Bongsu Shuib Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah Undang Sebak – ‘Ayash Tak Sempat Tengok Ibunya, Semoga Kalian Bersatu Di Syurga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakaman ‘Voice Note’ Ucapan Hari Lahir Arwah Ridzuan Hashim Buat Anak Undang Sebak – ‘Ayah Doakan Nana..’
Ziarah pusara bapa
@jue497 hari nie spm si abg ujian bertutur BI..dia cakap nak pergi kubur ayah sebelum jwp soalan..die cakap semua org sebelum jwp peksa dpt pelok n doa dari ayah die org tapi abg ?.. al fatihah buat muhamad rasidi bin puteh muga syurga buat kamu #fyp #urutantradisionalmelayu #juejarijemari #kluangjohor #CapCut
Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya Jue, kelihatan remaja tersebut berdoa dan menyiram air di kubur arwah bapanya.
Menurut Jue, anak lelakinya itu menziarahi pusara arwah suami sebelum menjalani peperiksaan.
Hari ini (Rabu) si abang ada ujian bertutur Bahasa Inggeris bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dia cakap nak pergi kubur ayah sebelum jawab soalan.
Katanya, ‘semua orang sebelum jawab peperiksaan dapat peluk dan doa dari ayah mereka, tetapi abang..’
Al-Fatihah buat Muhammad Rasidi Bin Puteh, semoga syurga buat mu.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat remaja tersebut dan mendoakan agar dia cemerlang di dalam peperiksaannya.
Dalam masa yang sama, mereka juga memberi kata-kata semangat buatnya agar dapat menempuh ujian kehilangan orang yang tersayang.
Sumber: TikTok Jue