Sesiapa yang menjadi pelajar institusi tinggi dan menetap di hostel pastinya akan berjumpa dengan makcik cleaner yang bertanggungjawab membersihkan persekitaran hostel mereka. Namun malangnya, hanya kerana bekerja sebagai seorang tukang cuci, golongan ini jarang sekali dipandang tinggi malah kurang diberi penghargaan daripada masyarakat sekeliling.
Bagaimanapun lain pula kisahnya kali ini apabila seorang pelajar sanggup membuat collection daripada warga Twitter semata-mata untuk membantu makcik cleaner di hostelnya baru-baru ini.
Teringin nak jam baru
Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Twitter madermn ini, seorang makcik cleaner di tempatnya belajar memaklumkan dirinya masih belum memiliki seutas jam tangan yang baru memandangkan jam yang dipakainya ketika ini sudah rosak.
Katanya, makcik cleaner ini memang dikenali sebagai seorang yang baik hati dan ramah dengan pelajar-pelajar di situ.
Selalu kena tinggal van
Kesan daripada memakai jam tangan yang sudah rosak, makcik itu juga dikatakan sering tertinggal van ketika mahu pulang dari tempat kerja. Namun apa yang membuatkannya sebak, makcik itu sebenarnya adalah seorang ibu tunggal.
Justeru selepas mendengar cerita daripada makcik itu, dia membuat keputusan untuk menghadiahkan seutas jam tangan kepada beliau. Namun katanya, dia perlu membuat sedikit collection dari warga Twitter yang lain memandangkan bajetnya kurang mencukupi.
Dah anggap macam mak
Apa yang lebih mengharukan, pemuda ini berkata idea untuk memberikan hadiah kepada makcik itu dibuat kerana dia sudah menganggap insan tersebut seperti ibu.
Berjaya kutip lebih RM600
Hasil daripada sumbangan warga Twitter, dia berjaya mengutip lebih RM600 buat makcik itu. Wow!!
Makcik cleaner cakap terima kasih
Sepucuk kad ucapan turut diberikan kepada makcik itu bagi mewakili warga Twitter. Bagusnya!
Mula-mula tolak
Jaga privacy
Duit lebih buat beli barang dapur
Menurut pelajar itu, duit lebih yang ada hasil daripada sumbangan warga Twitter akan digunakan untuk membeli barang keperluan dapur buat makcik itu serta makcik-makcik cleaner yang lain.
Alhamdulillah.. semoga banyak lagi tindakan murni seperti ini dilakukan oleh orang lain selepas ini.
Sumber: Twitter madermn