Pelakon Riena Diana akui tidak mahu terburu-buru belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih yang juga merupakan aktor tanah air iaitu Keith Foo.
Artikel Berkaitan: Tampilkan Barisan Pelakon Hebat, Teater Muzikal Kanak Kanak: Pak Pandir Dan Labu Ajaib Bakal Dipentaskan Oktober Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tanya Keith Macam Mana Boleh Jatuh Cinta, Sebab Dia Yang Tergilakan Saya’ – Riena Diana
Riena, Keith masih kenal hati budi
Ketika ditemui OhBulan! di sidang media Teater Andak Bertandak, Riena atau nama lengkapnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, memberitahu tidak mahu terburu-buru ke jinjang pelamin memandangkan hubungannya dengan Keith masih diperingkat awal.
Kami tak apa-apa perancangan lagi sebab kami pun baru empat bulan kenal. Cumanya sekarang saya dengan Keith dalam proses mengenali satu sama lain.
Setakat ini okay (berbeza agama) cuma kami ambil masa dengan semuanya.
Apabila ditanya mengenai dakwaan yang kononnya hubungan cinta mereka adalah atas tujuan promosi drama bersiri Salju Rindu untuk siaran TV3, Riena menafikan perkara tersebut sebaliknya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.
Kami berdua kenal pun di set drama, saya tak pernah berlakon dengan Keith. Bermula dari situ lah, bukan sebab nak promosi drama. Doakan yang terbaik.
Saya takut juga nak cakap lebih-lebih tapi sudah pasti nakkan pengakhiran yang baik.
Sementara itu, pelakon drama Kampung People itu menyifatkan Keith antara individu yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepadanya berhubung kerjayanya sebagai anak seni.
Dia sangat supportive, dia juga sebab kenapa saya terlibat dengan teater. Dia beritahu saya suruh buat, dia bagi keyakinan dan suruh saya perbaiki diri supaya menjadi pelakon yang lebih baik.
Sekadar info, Riena bersama beberapa barisan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Ellie Suriaty, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin bakal beraksi di pentas teater Andak Bertandak.
Buat para peminat teater, jangan lupa saksikan teater Andak Bertandak bertempat di KLPAC pada 29 Ogos hingga 1 September ini.
Anda boleh dapatkan tiket dengan harga bermula RM65, RM95, RM125, dan RM155 yang dijual secara atas talian di www.cloudjoi.com.