Pelakon Rita Rudaini telah menerima Anugerah Ibu Ikon Malaysia 2024/2025 bersempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025 yang berlangsung baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Benda Yang Saya Ingat, Anak Sulung Saya Dikatakan Bukan Anaknya’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: ‘Saya Seorang Yang Tanggung Mereka, Segala-Galanya Saya Rempuh Sahaja’ – Rita Rudaini
Menjadi contoh masyarakat
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar berterima kasih kepada pihak penganjur di atas penganugerahan tersebut dan berjanji akan menjadi contoh yang baik kepada kaum Hawa.
Terima kasih Ikon Malaysia untuk Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 . Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.
Kita semua wanita kuat, kita semua adalah ikon.
Dalam satu hantaran lain, ibu kepada dua orang anak itu tidak menafikan kepayahan di dalam setiap ujian namun yakin akan ada hikmah di sebaliknya.
Sementara itu, aktres berusia 48 tahun tersebut turut menitipkan nasihat agar ibu bapa di luar sana menjaga dengan baik amanah yang dikurniakan Allah iaitu zuriat mereka.
Tidak mudah, walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang, tapi ujian dan rasa itu tetap sama. Percayalah, disetiap semua itu bukanlah kesusahan tetapi itulah ujian untuk yang terpilih.
Dan percayalah di sebalik ujian itu ada ‘hadiah’ manis yang Allah berikan iaitu anak. Jagalah, sayangilah dan didiklah mereka kerana Allah.
Menjengah ke ruangan komen, pelakon filem Mami Jarum itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warganet.
Terbaik, selayaknya menjadi inspirasi untuk ibu-ibu di luar sana.
Sebak tengok dan bangga. Bahkan setiap tahun pun memang selayaknya digelar ikon ibu terbaik kerana memberi contoh dan semangat luar biasa kepada kami semua.
Sangat berbangga dan sangat layak menerima. Seorang wanita yang kuat demi membesarkan anak-anak sehingga berjaya.
Sumber: IG Rita Rudaini