berita

Video : Rossa Sudah Perkenalkan Teman Lelaki Pada Keluarga

July 30th, 2012 | by Ai
Hollywood

Penyanyi kecil molek Sri Rossa Roslaina Handiyani, atau lebih dikenali sebagi Rossa mengakui sudah mempunyai teman lelaki. Disamping itu, beliau turut telah perkenalkan jejaka tersebut kepada ahli keluarga termasuk anak lelakinya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Hey Ladies” dan “Ayat-Ayat Cinta” sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang anggota kumpulan Padi, Yoyo pada tanggal 18 Mac 2004. Hasil daripada pernikahan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan yang lahir pada 3 Oktober 2006.

Namun begitu, Rossa dan Yoyo telah dikatakan bercerai pada 14 Julai 2009. Penceraian mereka berpunca daripada Yoyo, yang didakwa telah bermesra dengan seorang model wanita dari Surabaya.

Tutup kisah silam Rossa dan Yoyo, mari kita layan video Rossa yang dikatakan telah perkenalkan teman lelakinya kepada pihak keluarga :

SKIP THIS AD ×