Bila sebut nama penyanyi yang dikenali sebagai Roy, sudah tentu ramai yang mengenalinya penyanyi yang begitu terkenal dengan nyanyian lagu bertemakan patriotik yang menjadi halwa telinga masyarakat setiap kali hari sambutan kemerdekaan pada setiap tahun.
Namun, nama Roy seakan sedikit suram dan jarang didengari selepas menyertai sebuah program realiti terbitan stesen televisyen swasta beberapa tahun yang lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Kata Ada Token, Tapi Dapat Sepasang Baju Raya Je’ – Fareez Fauzi
Nyanyi di perkarangan pusat beli belah
@chekakabdullah KEHIDUPAN YANG BERLIKU INI MENGAJAR AKU ERTI KESABARAN DIMANA IANYA AMAT PERIT UNTUK KU LALUI. STAY CALM AND BE HAPPY. ? #sendiri #behappyalways #fyp ? original sound – MARIA
Terbaharu, seorang individu yang dikenali sebagai Maria tampil memuat naik video memaparkan keadaan terkini Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Roy dilihat sedang bermain alat muzik ‘keyboard’ dan bernyanyi di perkarangan sebuah pusat beli-belah di ibu kota.
Kedengaran Roy menyanyikan lagu nyanyian asal Dayang Nurfaizah yang berjudul ‘Seandainya Masih Ada Cinta’ sambil disaksikan beberapa pengunjung yang hadir ke pusat beli-belah tersebut.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya terpegun mendengar kelunakan suara penyanyi berusia 60 tahun itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berdoa agar Roy dikurniakan kesihatan dan meluahkan rasa rindu mereka untuk menonton persembahan penyanyi berkenaan secara langsung di kaca televisyen.
Komen netizen
Sumber: TikTok