berita

[VIDEO] Rumah Dibaling & Dibakar Guna Petrol Gara-Gara Tak Bayar Hutang?

November 27th, 2019 | by Azizi Rahman
Video Popular

Telah viral satu rakaman video yang berdurasi satu minit hasil perkongsian Anuar Nekmat yang memaparkan seorang lelaki sedang membaling bungkusan cecair yang dipercayai petrol.

Selepas selesai membaling bungkusan cecair itu, lelaki berkenaan dilihat menyalakan satu bom petrol dan kemudiannya mencampak ke arah rumah berkenaan. Rata-rata netizen berharap agar si pelaku dapat diberkas pihak berkuasa kerana telah melakukan kerosakan harta benda milik orang lain.

PDRM tolong tangkap

https://www.facebook.com/100009591640179/posts/2395541407442224?d=n&sfns=mo

Api yang dihasilkan daripada bom petrol itu merebak pantas ke kawasan rumah kerana tindak balas api dan petrol yang telah dibaling sebelum ini. Selepas selesai membaling bom petrol tersebut, kedua mereka dilihat melarikan diri menaiki sebuah motosikal Yamaha 135LC.

Hasil daripada rakaman video, dua individu yang terlibat dipercayai lelaki berbangsa India. Netizen berharap agar si pelaku dapat diberkas pihak berkuasa kerana telah melakukan kerosakan harta benda milik orang lain.

Buat kerja tak clean

Rata-rata netizen mengatakan bahawa tindakan merakam kegiatan yang dilakukan mereka itu satu perkara yang sia-sia. Hal ini kerana, video tersebut boleh menjadi bahan bukti bagi menyiasat kes ini.

Sumber: Anuar Nekmat

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×