Baru-baru ini, pelawak dan pelakon, Issey Fazlisham meluahkan rasa sedih apabila rumah pusaka milik keluarga yang terletak di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan musnah dalam kebakaran.
Artikel Berkaitan: Isu ‘Awak Pernah Curang, Saya Tak Pernah’ – Gurauan Dianggap Kasar, Issey Mohon Maaf Kepada Shuk
Artikel Berkaitan: ‘Aku Mungkin Tak Sama Dengan Arwah Suami Mung..’ – Issey Selamat Bernikah Dengan Ibu Tunggal
Rumah pusaka hangus
Berkongsi berita sedih itu di Instagram, Issey berkata rumah tersebut merupakan tempatnya membesar.
Rumah mak saya terbakar di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu Kelantan. Kebetulan saya ada di Kelantan.
Memang sangat sebak, rumah ini tempat saya membesar.
Al-Quran tak terbakar
Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran video pendek yang dikongsikan, Issey akui terkejut selepas dia mendapati Al-Quran di dalam rumah tersebut tidak terbakar.
Menurut pelawak itu, Al-Quran tersebut berada di bahagian api paling besar namun hanya melecur pada kulitnya sahaja.
Hampir 80 peratus dalam rumah terbakar, tetapi dengan kuasa Allah S.W.T. Al-Quran ini berada tempat api paling besar. Yang lain habis terbakar, tetapi Al-Quran masih cantik dalamnya.
Dalam pada itu, Issey berkata, rumah berkenaan masih boleh dibaiki, tetapi kenangan yang pernah wujud dalam rumah tersebut tidak boleh dibaiki.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Kalau tanya saya apa barang yang paling saya sayang dah terbakar, ialah ‘kenangan’.
Rumah mungkin boleh dibaiki, kenangan tidak boleh baiki.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram