Pempengaruh, Ryzal Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi dirinya pergi Makkah balik hari menerusi hantaran di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: ‘Hilang RM30K Atau RM300K Tak Ada Erti Nak Dibanding Dengan Nyawa’ – Ryzal Ibrahim
Tak sempat buat umrah
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Ryzal memaklumkan dirinya berasa sangat kecewa kerana tidak berkesempatan untuk melakukan ibadah umrah.
Menurut pemilik nama Nik Muhammad Ryzal Ibrahim ini, dia kesuntukan masa untuk melakukan ibadah umrah kerana hanya mempunyai beberapa jam saja untuk transit di King Abdulaziz International Airport, Jeddah sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia.
Ryzal sekarang berada di Jeddah dan dalam perjalanan ke Makkah untuk beli minyak wangi di Clock Tower dan akan balik semula ke Jeddah.
Jam sekarang dah pukul 9 dan saya kena ada di airport pukul 1, lebih kurang empat jam sahaja saya ada.
Daripada London, nak buat umrah tak sempat dan ada masa lebih kurang 30 minit saja.
Dalam pada itu, suami kepada pempengaruh Korea Selatan, Maryam Younarae ini memaklumkan dia mempunyai niat untuk melakukan ibadah umrah namun Allah tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian.
Insya-Allah lain kali pula kita datang, kita buat umrah.
Niat dah ada untuk buat umrah dan sembilan jam sepatutnya cukup saja buat umrah tapi disebabkan Allah tak izinkan, maka tak jadi.
Semuanya, atas izin Allah. Apa saja yang kita nak, kena minta dengan Allah. Tuhan punya perancangan adalah yang terbaik.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian dan menjadi bualan wargamaya di ruangan komen.
Komen netizen
Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim